Khasiat minum Teh Hijau pada manusia memang banyak. Kali ni su nak kongsi khasiat teh hijau untuk korang. Su suka sangat minum air teh. Tapi belum pernah lagi minum teh hijau atau yang lebih di kenali dengan nama Camelia Sinensis. Air teh hijau memang banyak khasiatnya. Antara khasiat yang dapat Su dapat kongsi ada kat bawah ni ye..
1. Dapat menurunkan berat badan kita.
Satu pennyelidikan yang dibuat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Kalau diambil semasa anda minum Alpha Lipid SD II lagi cepatlah proses pembakaran lemak tu. So sapa yang tengah minum Alpha Lipid SD II boleh ambil teh hijau dalam setiap hidangan anda ye. Ganti teh susu dengan teh hijau yang lebih sihat ni =)
2. Mengatasi keracunan makanan.
Apabila terkena cirit birit korang boleh minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang di hasilkan oleh bakteria.
3. Mencegah kanser.
Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kenser.
4. Menurunkan tahap gula dalam darah.
Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah.
NOTA KAKI : Jom ramai-ramai minum teh hijau kat rumah instead of teh boh/lipton biasa tu.
"BERALIHLAH KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT"
No comments:
Post a Comment